Saturday, January 3, 2009

pantai takapuna.. cantik..





Pada hari ini, saya bangun pukul 7 pagi. Saya bangun awal kerana saya akan pergi makan angin di pantai takapuna bersama ain, nisah dan haniff.

kami berkumpul di bawah mount terrace pada pukul 9 pagi dengan barang masing-masing serta bekalan untuk dimakan di destinasi nanti. Saya singgah sebentar di kedai runcit untuk membeli air mineral dan air bikarbonat. Kemudian, kami menaiki bas ke stesen Britomart Auckland.

Setibanya di sana, kami baru dapat tahu bahawa perhentian bas ke takapuna terletak beberapa meter dari britomart. Kami berjalan lebih kurang lima minit untuk sampai ke situ. sementara menunggu bas, kami bergosip tentang isu-isu semasa. Tidak lama kemudian, kami pun menaiki bas yang membawa kami ke pantai tersebut.

Selepas mengucapkan terima kasih kepada pemandu bas, kami turun di sebuah terminal bas. Kami ternampak sebuah pasar tamu yang agak sibuk. ramai pengunjung datang untuk membeli barang-barang seperti pakaian, barangan antik, sayur-sayuran serta buah-buahan. Nisah dan Haniff tidak melepaskan peluang membeli buah strawberi yang segar.

Selepas itu, barulah kami mencari jalan ke pantai takapuna. Selepas berjumpa dengan seorang mak cik yang menunjukkan arah ke pantai, barulah kami sampai. Saya berasa amat teruja melihat keindahan pantai takapuna. Air laut yang baru, angin sepoi-sepoi bahasa itali, dan pokok-pokok redup antara ciri-ciri pantai tersebut.

Kami berempat berehat di bawah pokok-pokok yang redup. Perkara pertama yang kami buat adalah makan. Hidangan istimewa pada hari ini adalah nasi lemak. Kami makan dengan seronok sambil diiringi snek sampingan seperti keropok udang mamee, biskut almond london, dan buah strawberi. Oleh sebab saya makan terlalu cepat, saya mula menimang-nimang bola di tepi.



Selepas menenangkan perut kami yang bergolak dengan bergosip, kami pun berjalan-jalan di persisiran pantai. Kami hairan mengapa air laut agak sejuk sedangkan hari begitu panas terik. Kami berjalan sehingga sampai di sebuah cerun yang cantik. kami mengambil peluang untuk mengambil beberapa foto. Seperti biasa, saya membuat aksi-aksi menarik untuk sesi fotografi.





Apabila kami kembali semula di tempat kami berteduh, kami berborak-borak dan menikmati aiskrim. Kemudian kami berkemas untuk meronda-ronda persekitaran. Semasa berjalan-jalan di bandar yang berhampiran, kami tiba di sebuah kedai farmasi. Farmasi tersebut sedang mengadakan jualan minyak wangi. Saya terjumpa sebotol minyak wangi yang agak sedap baunya. Dengan harga yang sukar ditandingi, saya pun membeli minyak wangi tersebut.



dengan hati yang gembira, kami pun kembali semula ke rumah. Kami amat seronok berjalan-jalan di takapuna sambil menikmati keindahan pantai. Saya berharap agar dapat kembali semula dan mandi-manda di pantai.

1 comment:

Loving Life said...

aww.. hari yg baik nampaknya.. teruskan dgn pose2 over tu.. =)