Sunday, January 11, 2009

budaya minum kopi..


hoho.. berjaya juga saya menulis blog baru pada minggu ni.. ketika membazir masa melihat gambar di laptop, saya terjumpa gambar yang menunjukkan beberapa minuman yang dibuat oleh saya.. *lihat gambar di atas*

di dalam gambar ini terdapat minuman seperti double shot (cawan kecil kiri), latte (cawan besar), flat white (cawan kecil kanan), dan coklat panas.

apa yang menarik perhatian saya tentang gambar ini adalah bagaimana budaya minum kopi di malaysia berbeza di new zealand. di new zealand, kopi dibuat melalui roses yang agak lama. biji kopi terlebih dahulu dikisar, susu dipanaskan sehingga berbuih, dan cawan yang digunakan dipanaskan. orang di new zealand agak mengambil kira kualiti kopi yang mereka minum. kuantiti susu pula akan menghasilkan variasi rasa dan tekstur kerana kepekatan kopi yang berbeza. mereka dapat mengesan kualiti kopi yang baik atau yang kurang enak.

di malaysia pula, kopi hanya ibarat minuman biasa yang dibayangi oleh minuman lain. secara amnya, teh tarik mungkin lebih popular di malaysia. Hanya dua jenis kopi yang biasa dikenali di malaysia, kopi 'o' atau kopi susu. mungkin 'neslo' boleh dianggap mocha atau macchiato malaysia. Cara penyediaan kopi agak mudah di malaysia berbanding di new zealand. kopi segera boleh didapati hampir semua kedai runcit atau pasaraya. tambah sahaja gula dan air panas.

walaupun terdapat perbezaan yang agak ketara dari segi penyediaan, rasa, dan juga penilaian, yang penting kopi dapat dijadikan alat komunikasi yang efektif. pergi sahaja ke warung atau restoran. pasti ada sekumpulan warga emas atau warga belia menikmati secawan atau segelas kopi bersama kenalan atau sanak keluarga. apa yang penting di sini adalah kopi akan menjadi lebih sedap jika dinikmati bersama rakan2 atau insan tersayang.

p/s: minum teh 'c' peng ketika sarapan harus dicuba semua orang..

1 comment:

Loving Life said...

huhu.. betul ckp u.. rasanya sbb tu bebudak duk obesea pandai nk gi starbucks and minum kopi2 mahal.. byk pilihan ye dr kopi warung.. tp kekdg kopi warung efekshenet jugak sedapnya.. =) dh lama x dgr pkataan peng tu.. haha.. kat sabah slalu minum kicai peng.. (i think it's kicai, x brape ingat nk ejanya, tp it's d teh yg ada asam tu.. sedap oo.. =)